MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menjalankan Majlis Penyerahan Lagu Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor bersama Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA, UiTM. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan bersama Setiausaha MPKS TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Timbalan Setiausaha Puan Liliana binti Ahmad dan Dekan Fakulti Muzik UiTM Prof Madya Dr Tazul Izan Tajuddin.

Lagu Rasmi MPKS telah ditayangkan semasa Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada 7 Ogos yang lepas. Jutaan terima kasih kepada pencipta lagu iaitu Encik Rizal Ezuan Zulkifli Tony, penulis lirik Encik Radzali Mustaffa dan Fakulti Muzik UiTM kerana dapat berkolaborasi bersama dalam menjayakan Penciptaan Lagu Rasmi MPKS.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS

Musik 

Last Updated: Thursday, 2 December 2021 - 5:11pm