MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil 2/2021 di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibupejabat MPKS pagi tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat, Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru.

Yang Berhormat, Tuan Ng Sze Han turut mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek pembangunan di Daerah Kuala Selangor. Beliau telah melawat Pasar Pasir Penambang untuk melihat kerja-kerja naik taraf yang telah dilaksanakan di pasar tersebut.

Selain itu, beliau turut meninjau projek Pembangunan Dewan Serbaguna Hillpark yang sedang dibangunkan di Hillpark, Puncak Alam.

Lawatan diakhiri dengan sesi taklimat pembinaan persimpangan baharu yang menyambungkan Persiaran Eco Grandeur 2 ke Persiaran Shorea yang dijangka akan bermula pembinaannya pada November 2021 yang merupakan projek perkongsian bersama rakan strategik di antara MPKS dan EcoWorld .

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

NG NG 

NG NG 

NG NG 

Last Updated: Thursday, 2 December 2021 - 5:11pm