MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada warga Kuala Selangor dan seluruh muslimin dan muslimat.

Sambutlah Aidilfitri dalam lingkungan syariah dan memuji kebesaran Allah S.W.T sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W. “Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid”.

Warnailah hari mulia ini dengan pelbagai aktiviti menghidupkan sunnah dan amalan-amalan mulia seperti bermaaf-maafan, mengeratkan dan menyambung silaturrahim, ziarah-menziarahi, bersedekah dan bersalam-salaman antara satu sama lain bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati. Hapuskan segala pensengketaan dan permusuhan, binalah hubungan persaudaraan tanpa sempadan.

Selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya dan utamakan keselamatan.

Kian berlabuh tirai Ramadan,

Lambaian Syawal kian dinanti,

Luhur hati ikhlas kemaafan,

Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Ingatan tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Saksikan video ucapan Salam Aidilfii oleh MPKS di pautan ini.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Last Updated: Thursday, 8 December 2022 - 9:27am