Hubungi Kami | Soalan Lazim| Pautan | Bantuan | Peta Laman
fontMinus fontReset fontPlus
red green blue
LAMAN UTAMA » SUMBER » Program » Local Agenda 21

 

Local Agenda 21


Program Pembasmian Kemiskinan Bandar MURNInet 21
Program Bandar Selamat Maklumat Local Agenda 21

 

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan di bandar selepas penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004. Sebelum ini, tugas ini adalah di bawah bidang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penyerahan fungsi ini juga termasuk pengukuhan kapasiti di pihak KPKT sendiri dan dipanjangkan pula kepada Pihak Berkuasa Tempatan khususnya sebagai agensi pelaksana bagi kementerian ini.


Matlamat

  • Menyediakan persekitaran hidup yang sejahtera, sihat dan selamat kepada kumpulan sasar menerusi penyediaan peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas dan awam.

  • Memupuk semangat berdikari dan daya tahan kumpulan sasar melalui program pembinaan dan bina upaya

Objektif

  • Menghapuskan golongan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009 tanpa mengira kumpulan etnik.

  • Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar ke paras yang selaras dengan Indeks Kualiti Hidup Malaysia @ Malaysia Quality Of Life (MQLI) yang mencakupi bidang-bidang pendidikan, kesihatan, perumahan yang mampu dimiliki dan rekreasi supaya mereka tidak tersisih dari arus pembangunan bandar; dan

  • Membawa perubahan minda dan menanam sikap positif dikalangan kumpulan sasar.

Definisi Kemiskinan

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.


Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada PGK makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat.


1 | 2 | 3 | 4