MENU

LOCAL AGENDA 21 ( LA21 ) merupakan suatu program untuk membentuk perkongsian di antara PBT, masyarakat dan sektor swasta dalam bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

PELAKSANAAN LA21 di Kuala Selangor bermula pada tahun 2000 dan tiga Jawatankuasa Kecil LA21 Kuala Selangor ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Kesihatan dan Alam Sekitar, Jawatankuasa Kecil Keceriaan dan Keindahan serta Jawatankuasa Kecil Ekonomi dan Sosial. Jawatankuasa - Jawatankuasa Kecil ini bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan dan laporan bagi setiap program yang dilaksanakan.

Objektif utama Local Agenda 21 adalah :

  1. Memberikan pendedahan isu-isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan sektor awam.
  2. Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
  3. Merumus strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan.
  4. Melaksanakan pelan tindakan ( action plan ) LA21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.