MENU

OSC 3.0 Plus online merupakan sistem penyampaian prosedur pemajuan secara atas talian versi terkini yang ditambahbaik daripada sistem OSC 3.0 dan Portal OSC. Sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan, bayaran proses, ulasan agensi teknikal dan keputusan diperolehi secara atas talian. Platform sebegini secara langsung telah menyokong kempen Go Green dan paperless dengan mengurangkan penggunaan kertas yang maksimum. Inovasi ini juga turut memperkasakan lagi dasar Smart Selangor yang menyumbang kepada inisiatif negeri pintar.

 

Sepuluh (10) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sebagai rintis telah menerima pakai sistem OSC 3.0 Plus Online bermula 1 Julai 2019. Pelaksanaan Fasa 2 kini diperluas ke PBT terpilih seluruh Malaysia selaras dengan surat arahan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

Menyambut baik inisiatif tersebut, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan melaksanakan (Go Live) Sistem OSC 3.0 Plus Online berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2020. Dengan pelaksanaan ini, MDKS akan menjadi PBT berstatus Daerah kedua di Malaysia yang menerima pakai dan PBT pertama bagi pelaksanaan Fasa 2 sistem OSC 3.0 Plus Online.

 

Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui  https://osc3plus.kpkt.gov.my/ atau pautan pada website Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Pusat Setempat (OSC), MDKS melalui pegawai Puan Azlinda binti Abdullah (03-3289 1439, ext. : 267), Puan Nurul Suhada binti Razali (03-3289 1439, ext. : 231) atau Encik Mahmood bin Mohd Taib (03-3289 1439, ext. : 232)

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 4 Ogos 2020 - 5:19pm