Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi tahun 2021. AINS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang merangkumi individu / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.
Bersama-sama ini dilampirkan maklumat seperti berikut :-
Senarai Semak Penyertaan AINS 2021