MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima Lawatan Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2022 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibupejabat MPKS.

Seramai 7 orang panel telah hadir untuk melaksanakan penilaian SPB-PBT dan kunjungan ini diketuai oleh Encik Mohd Faizalnizam bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia.

Penilaian SPB-PBT ini melibatkan aspek pengurusan, pentadbiran, perundangan, penguatkuasaan, pembangunan, perkhidmatan bandar dan kemasyarakatan di mana audit yang dijalankan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan berkualiti kepada masyarakat.

Yang Berusaha, Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga MPKS atas komitmen tinggi yang diberikan dalam setiap aspek penilaian yang dilakukan. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua panel penilai yang terlibat.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Audit 

Audit 

Audit

Audit 

Audit

Audit 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 30 Januari 2023 - 8:43am