MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) , Program pementoran ini telah diadakan untuk pertama kalinya pada 1 September 2015 dan selesai pada 28 Februari 2016. Mentor untuk sesi 2015/2016 ini adalah seramai 20 orang manakala menti seramai 30 orang

Ianya bertujuan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara professional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi professional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat.

Melihat keberkesanan sesi pertama, MDKS meneruskan usaha murni ini dengan melaksanakan sesi kedua program pementoran untuk tahun 2017 dimana mentor seramai 20 orang dan menti seramai 30 orang.

Harapan MDKS agar semua usaha murni yang telah diaksanakan oleh MDKS tdibantu dan disokong sepenuhnya oleh semua kakitangan agar matlamat MDKS untuk Merangsang Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan  Masyarakat Yang Madani Dan Kehidupan Harmonitercapai dengan melahirkan kakitangan yang bersifat positif, madani dan berilmu seperti yang telah disasarkan di dalam Pelan Strategik MDKS 2016-2020.