MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR, 14 Julai 2017 (Jumaat),Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Daerah Kuala Selangor 2017 . Lebih 2,000 orang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Daerah Kuala Selangor 2017 yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

Majlis tersebut merupakan penganjuran tahunan yang dianjurkan oleh MDKS sebagai platform kepada MDKS untuk merapatkan silaturahim bersama jabatan dan agensi di dalam daerah serta masyarakat Kuala Selangor.

    

Pada tahun ini, terdapat sedikit kelainan apabila buat pertama kalinya MDKS melaksanakan kempen #Bebasplastik di mana para tetamu diminta untuk membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan menyokong kempen yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.