MENU

Pemakluman

Mulai 1 September 2020, deposit perniagaan sejumlah RM 500.00 mula dikenakan kepada perniagaan kedai makan/restoran dan kedai runcit/serbaneka.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007.

Tujuan tindakan ini adalah untuk memastikan syarat-syarat pelesenan dipatuhi sepenuhnya.

Pemegang lesen boleh mendapatkan semula wang deposit selepas membuat pembatalan lesen serta tidak melanggar apa-apa syarat pelesenan.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Oktober 2020 - 5:51pm