MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menjalinkan persefahaman mengenai kolaborasi untuk melaksanakan program serta aktiviti yang memberi manfaat kepada dua belah pihak khususnya melalui bidang akademik, kebudayaan, penyelidikan, inovasi dan pelancongan sekaligus menjadikan Kuala Selangor sebuah bandar yang mampu mengekalkan kelestarian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal.

Usaha murni ini merupakan platfom terbaik dalam memecahkan tembok dan juga merapatkan jurang di antara dua pihak iaitu MDKS dan UiTM sekiranya setiap penganjuran program mendapat kerjasama daripada UiTM sekaligus membantu melahirkan generasi dan masyarakat khususnya warga Kuala Selangor yang berdaya saing.

Dengan termeterainya memorandum ini, ia sebagai batu loncatan yang meletakkan hubungan antara MDKS dan UiTM ke arah aspirasi pembangunan yang mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, penyelidikan, pembangunan desa, inovasi, warisan & sejarah serta pelancongan. Ianya selaras dengan Visi MDKS iaitu Perbandaran Lestari Masyarakat Sejahtera

Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Rahilah binti Rahmat, dan Rektor Universiti Tekonologi MARA Cawangan Selangor, Yang Berbahagia, Prof Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed. Perjanjian ini saksikan oleh Yang Dihormatkan, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato' Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS
 

  

Kemaskini Terakhir: Selasa, 26 Januari 2021 - 10:32am