MENU

OPS PATUH SOP PPN FASA 1

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi patuh SOP PPN Fasa 1 di sebuah gudang, Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam pada 6 Ogos 2021.

Operasi ini bertujuan memastikan premis-premis perniagaan di sekitar Daerah Kuala Selangor mematuhi SOP PPN FASA 1 yang telah di tetapkan oleh MKN dan mengambil tindakan terhadap individu atau pemilik premis yang ingkar terhadap SOP yang telah ditetapkan.

Jabatan Penguatkuasaan, MPKS telah mengeluarkan 1 kompaun dibawah kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan mengeluarkan 1 notis arahan memberhentikan perniagaan dalam tempoh 2 minggu serta arahan tutup diberikan kepada gudang tersebut

Selain itu, pihak Ibupejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah mengeluarkan 1 kompaun dibawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit kerana berlakunya perlanggaran syarat iaitu menjual barangan bukan dari senarai yang dibenarkan oleh MKN.

Operasi ini dijalankan ini melibatkan 18 anggota terdiri daripada Jabatan Penguatkuasa MPKS, Ibupejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS

Operasi Operasi 

Operasi Operasi 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 Oktober 2021 - 9:18am