MENU

Pemakluman operasi pasar pagi/malam yang bermula 1 September 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hari operasi perniagaan pasar pagi/malam masih lagi kekal dengan penambahan sehari operasi perniagaan untuk setiap lokasi pasar. Contoh, Pasar Malam Bandar Malawati yang beroperasi pada hari Selasa akan ditambah satu hari operasi pada hari Rabu. 

Pelaksanaan penambahan hari perniagaan hanya sepanjang tempoh PKPP dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Peniaga diminta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MDKS seperti mengamalkan setiap perkara norma baharu, mengikuti jadual penggiliran hari perniagaan dan diwajibkan mendaftar dan memaparkan salinan QR Code SELangkah.

Pelaksanaan penambahan hari perniagaan melibatkan 20 pasar pagi/malam dibawah MDKS. 

Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang keterlaluan dan berlakunya penyebaran wabak COVID 19, pasar tersebut boleh diarahkan tutup.

Peniaga turut diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh MDKS, jika ingkar permit perniagaan akan dibatalkan dan tindakan kompaun serta sitaan bakal dikenakan.

Untuk aduan, boleh disalurkan secara dalam talian di https://selangor.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Boleh merujuk pautan berikut cara pendaftaran SELangkah. 
https://www.amirudinshari.com/posts/inisiatif-selangkah-langkah-masuk-dengan-selamat?fbclid=IwAR3uUTwFzJ0gErXSeOk9If6OptzlRz8a4gCojGMQ0wXkl58Q6d8W-I4pQmQ

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 September 2020 - 5:50pm