MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor kini menyediakan kaunter bayaran pandu lalu untuk kemudahan orang ramai membuat pembayaran di hadapan Ibupejabat MDKS bermula 24 Ogos 2020. Kaunter ini beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat (rehat hari Jumaat jam 12.15 tengahari – 2.15 petang).

Penyediaan Kaunter Bayaran Pandu Lalu ini merupakan inisiatif pihak MDKS untuk memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu berurusan di kaunter utama, Ibupejabat MDKS. Kaunter ini menyediakan perkhidmatan pembayaran sahaja seperti pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun, pembayaran lesen, pembayaran bil pelbagai (sekiranya mempunyai bil) dan sebagainya.

Bagi semakan cukai taksiran, kompaun, dan lain-lain, orang ramai hendaklah berurusan di kaunter Ibupejabat MDKS atau membuat semakan secara dalam talian di https://iservices.mdks.gov.my/

*Bulan Januari-Februari dan bulan Julai-Ogos dibuka setiap Isnin hingga Jumaat. Bulan Mac-Jun dan bulan September-Disember dibuka setiap Selasa hingga Khamis sahaja.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

  

  

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 September 2020 - 5:50pm