MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR, 22 Jun 2017 (Khamis),Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Majlis ini terdiri daripada Yang dipertua MDKS iaitu Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali AIS, SMS, PJK, Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor.

 a a 

Majlis ini dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Perkhidmatan Awam oleh kumpulan koir MDKS. Seterusnya, Bacaan ikrar Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Encik Mohd Subahan  dan bacaan doa pula dipimpin oleh Encik Mohd Ali bin Abdullah bagi memberkati majlis.

   

Majlis ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Renungan Pagi yang telah disampaikan oleh Puan Nurulhuda binti Ramli yang bertajuk “Sepuluh Malam Terakhir Ramadan ”. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali AIS, SMS, PJK, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor. Ucapan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali telah mendorong kakitangan MDKS untuk bekerja dengan lebih kuat dan berusaha pada masa akan datang.

 a a

Seterusnya, majlis disudahi dengan acara bersalam-salaman di antara Yang Dipertua dan semua kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

x d a