MENU

Pemakluman

Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya MDKS 2021. Permohonan hanya melalui sistem dalam talian https://iservices.mdks.gov.my/

Permohonan dalam talian akan dibuka bermula jam 12.00 tengah hari pada 30 Mac 2021 hingga 2 April 2021. Nama pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kompaun Majlis Daerah Kuala Selangor.

MDKS mengambil inisiatif untuk menambah 6 lokasi Bazar Ramadan dan 2 lokasi Bazar Raya untuk memenuhi permintaan penduduk tempatan untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Peniaga yang berjaya diingatkan untuk sentiasa menjaga prosedur operasi standard covid 19. Jika ingkar, permit perniagaan akan dibatalkan serta merta.

#KualaSelangor
#IndahDanBersejarah
#MDKS

 

 
Kemaskini Terakhir: Sabtu, 10 April 2021 - 11:04am