MENU

Pesta Sayap 2022 kini kembali pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) jam 8.00 pagi di Taman Alam, Kuala Selangor.

Pesta Sayap merupakan acara tahunan pada bulan Oktober setiap tahun, bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan burung migrasi dan memulihara hutan paya bakau serta habitat tanah basah.

Pelbagai pengisian acara menarik sepanjang satu hari program berlangsung antaranya sesi penanaman pokok bakau, berjalan sambil meneroka flora dan fauna, lawatan di kawasan tumpuan burung, booth pameran serta seminar.

Orang ramai juga disaran membawa teropong dan kamera untuk menyaksikan secara lebih dekat penghijrahan burung dari luar negara ke daerah Kuala Selangor.

Orang ramai dan peminat aktiviti alam semula jadi dijemput untuk menyertai pesta ini.

#PestaSayap2022
#FestivalofWing2022
#KualaSelangor
#IndahdanBersejara
#MPKS

PestaSayap2022 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 30 Januari 2023 - 8:43am