MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 19 OGOS, Kempen tanam pokok ini merupakan salah Satu Program Local Agenda 21 di bawah Jawatankuasa Kecil Keceriaan & Keindahan MDKS. Lokasi yang dicadangkan ini merupakan kawasan rekreasi utama di pesisir pantai Pusat Pelancongan Pantai Remis, Jeram yang giat di naiktaraf oleh pihak Majlis melalui cadangan pembangunan yang kini berada dalam fasa ke-2 untuk peringkat pelaksanaan.

  

Sebanyak 244 batang pokok melibatkan 4 jenis pokok seperti Pokok Rhu, Pokok Blue Jeniperus, Pokok Muraya dan Pokok Kelat Paya telah ditanam secara bergotong royong di sepanjang kawasan Pantai Remis. Selain itu, turut diadakan pertandingan ”Sand Art” dan senamrobik. Program ini mendapat kerjasama daripada LBS Bina Group, Tesco, Ecoworld, Kossan, MKH dan SSH.

  

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, MDKS bertindak memainkan peranan yang utama untuk bergiat aktif dalam menjalankan program seperti ini bagi menggalakkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat dan penduduk setempat untuk bersama-sama berganding bahu memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan generasi akan datang.

  

Matlamat cadangan pembangunan naiktaraf kawasan ini adalah bagi memenuhi dan menyediakan keperluan rekreasi sebuah bandar mampan kepada penduduk serta pelancong yang datang ke Daerah Kuala Selangor.  Ianya merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan di dalam Misi Pelan Strategik MDKS 2016-2020 iaitu Menyediakan Persekitaran “ Perbandaran Yang  Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi Hijau, Pemeliharaan Alam Sekitar, Warisan Sejarah Dan Kehidupan Berkualiti “ demi kepentingan masyarakat.

  

Usaha-usaha ini meliputi kemudahan bagi aktiviti rekreasi, pendidikan, mempromosi kepada kepelbagaian sumber tempatan serta sokongan terhadap kesihatan individu dan kemudahan kepada masyarakat tempatan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, sektor swasta, badan sukarelawan dan masyarakat setempat.

Program ini tekah dirasmikan oleh  Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali SMS, AIS, PJK,