MENU

 

Fakta Mengenai Hari Malaysia

  • Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
  • Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
  • Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Oktober 2020 - 5:51pm