MENU

Batu Hampar

 

Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

 

Busut Malawati

Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

 

Tempat Melihat Anak Bulan

 

Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

 

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

 

Bukit Belanda

Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

 

Kota Malawati

Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

 

Perkhidmatan Keretapi

  

Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum.

 

Lokasi : Pekan lama Kuala Selangor

(Lebih kurang sejam perjalanan dari Shah Alam)

Tarikan : Tempat peninggalan sejarah - Pemerintahan Kesultanan Selangor yang pertama sehingga yang ketiga, Batu Hampar, Perigi Beracun, Makan Diraja ( 3 Sultan Selangor yang pertama, Muzium Kuala Selangor, Muzium Permainan Tradisional, Rumah Api, Baituhilal ( tempat melihat anak bulan ), Busut Malawati, Kota Malawati, Tangga Seratus, Meriam 3 sederet, Meriam Penggawa, pemandangan Selat Melaka dan bermain dengan monyet.

Kemudahan : Tandas awam, tempat letak kenderaan,tempat berehat dan perkhidmatan trem (hanya pada hujung minggu dan cuti am sahaja)

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )

Bayaran perkhidmatan trem :

Lawatan ke Bukit Malawati sahaja:

  • RM 3.00 / dewasa
  • RM 2.00 / kanak-kanak ( 3-12 tahun)

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 September 2019 - 4:35pm