MENU

 

 

Pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan seperti melihat cara tradisional menghasilkan beras, menganyam dan mencanting batik

 

Pada musim menuai, pelancong juga berpeluang melihat sendiri cara tradisional untuk memproses padi menjadi beras dengan menggunakan lesung dan indik.

Jika datang sebelum musim menuai, katanya, mereka juga akan dibawa memancing belut di tali air berdekatan.

Bagi mereka yang mengambil pakej tiga hari dua malam, mereka boleh menyaksikan persembahan kebudayaan setempat seperti tarian kuda kepang, cempuling dan ghazal yang dipersembahkan penduduk.

"Selain itu, kami juga mengadakan acara 'jungle tracking'. Program homestay di sini mendapat sambutan hangat daripada ramai pelancong. Malah, ada pelancong mengatakan mereka seperti tidak cukup masa untuk menikmati apa yang kami sediakan," katanya.

Lebih menarik, pakej yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan seperti musim cuti sekolah, khusus untuk anak muda serta pakej biasa.

Pelancong juga berpeluang menikmati pelbagai makanan setempat yang mungkin tidak pernah mereka nikmati selama ini seperti ulam dan pelbagai buah-buahan tempatan.

Selain itu, aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di Homestay ini yang mana akan menjanjikan satu kenangan menarik di Tanjung Karang.

 

Lokasi perkhemahan Homestay Sungai Sireh.

Bagaimana ke sana?

 

  1. Pelancong boleh memandu sendiri untuk ke Sungai Sireh melalui Lebuh Raya Utara Selatan sebelum masuk ke persimpangan di Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang melalui Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.
  2. Kira-kira 5 kilometer selepas pekan Tanjung Karang, terdapat satu simpang ke kanan menunjukkan jalan ke Sungai Sireh.
  3. Pelancong juga boleh menghubungi agensi pelancongan yang menyediakan kenderaan untuk ke Sungai Sireh.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 Disember 2021 - 5:11pm