MENU

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang ,Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Dimana, para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti Aktiviti bersantai sambal menikmati angin laut, bermain lain-lain, menikmati makanan laut dan menyaksikan panorama matahari terbenam.

Lokasi: Pantai Remis, Jeram ( Lebih kurang 45 minit – 1 jam perjalanan dari Shah Alam)

Kemudahan Yang disediakan:

a. Tandas

b.Taman Permainan

c. Gerai makan/ medan selera

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran.

 

 

  

Kemaskini Terakhir: Selasa, 6 Disember 2022 - 11:24am