MENU

Maklumat lanjut berkenaan permohonan dan pembaharuan lesen:

1. Permohonan lesen hanyalah bagi lesen serta merta sahaja (sila rujuk senarai permohonan yang dibenarkan sahaja).

2. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna melalui sistem iservices MDKS di alamat https://iservices.mdks.gov.my.

3. Bagi pengguna yang telah berdaftar, tuan/puan boleh terus menggunakan perkhidmatan ini tanpa perlu mendaftar semula.

4. Permohonan pembaharuan lesen akan diproses dalam tempoh satu hari bekerja dan bagi tujuan kelulusan adalah dalam tempoh tiga hari bekerja.

5. Pengguna perlu hadir ke MDKS bagi tujuan pengambilan lesen asal serta petil dan sekiranya terdapat arahan serta semakan lanjut oleh pihak MDKS.

6. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Pelesenan, Majlis Daerah Kuala Selangor di talian 03-3289 1439.