Cara Cara Bayaran
Bayaran boleh dibuat dengan menyertakan bil terkini yang asal atau yang dicetak melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Sistem iP3KS MPKS).
Bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter:
a) Kaunter Utama PBT (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) seluruh Selangor.
b) Kaunter bergerak berjadual MPKS:
Kaunter | Hari | Urusan |
Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Tanjung Karang |
Isnin |
9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Desa Coalfields |
Isnin |
5.00 petang - 8.00 malam |
Kaunter Bergerak Di Bestari Jaya |
Jumaat |
5.00 petang - 8.00 malam |
Hadapan Central Mart, Saujana Utama | Ahad | 9.30 pagi - 1.00 petang |
Pejabat Cawangan Gerai Astana Alam, Fasa 3 |
Isnin - Jumaat Waktu Tambahan Rabu dan Sabtu |
Isnin- Jumaat ( 8.00 pagi - 4.30 petang) Waktu Tambahan Rabu (5.00 petang - 8.00 malam) Sabtu (Jan - Feb dan Jul - Ogos) (5.00 petang - 8.00 malam) |
c) Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.
d) FPX Online.
e) Maybank2u Online dan CIMB Clicks.
- Bayaran yang diposkan menggunakan cek/kiriman wang/bank draf dan sebagainya, hendaklah dipalang "tidak boleh diniaga" dan dibayar atas nama "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor".
- Pemilik adalah diwajibkan memberitahu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di atas pertukaran hak milik bagi harta-harta dalam kawasan MPKS dengan melengkapkan borang I/J. Peruntukan dalam Seksyen 180 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ada menyatakan bahawa pemilik boleh dikenakan denda sebanyak RM 2,000.00 @ enam bulan penjara @ kedua-duanya sekali jika gagal berbuat demikian.
- Sekiranya terdapat pertukaran alamat terkini sila lengkapkan borang pertukaran surat menyurat yang boleh dimuat turun melalui portal MPKS.
Peringatan Penting
- Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
- Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lagi. dengan bayaran notis pada kadar seperti berikut:
- RM 100 dan ke bawah RM5.00
- RM 101 ke atas 5%
- Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MpKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.