Penyampaian Anugerah Pengurusan Pejabat & Perkhidmatan Cemerlang (APPC) 2008
13hb November, 2008 (SHAH ALAM) - Majlis Daerah Kuala Selangor hari ini telah menerima anugerah Tempat Kedua bagi kategori Majlis Daerah dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Perkhidmatan Cemerlang (APPC) tahun 2008 yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Lawatan Delegasi 'The 6th Asia Pacific Ecotourism Conference (APeco)
6hb November 2008 (Khamis) - Majlis Daerah Kuala Selangor hari ini telah menerima lawatan daripada Delegasi Persidangan Ecotourism Asia Pasifik yang ke 6 (APeco) yang telah disertai oleh seramai hampir 150 orang. Tujuan lawatan mereka adalah bagi melawat tempat-tempat tumpuan pelancongan di Kuala Selangor memandangkan Kuala Selangor juga merupakan satu tarikan 'Ecotourism' di Selangor.