Pada 31 Ogos 2008, Majlis Mencerap Anak Bulan Ramadhan telah diadakan bagi menentukan permulaan Ramadhan 1429H. Majlis ini diadakan di Baitul Hilal Bukit Malawati, Kuala Selangor pada jam 6 petang.
30 Ogos 2008 (Sabtu) - Majlis Daerah Kuala Selangor telah menyertai Perbarisan Bulan Kemerdekaan 2008 bertempat di Padang Merdeka, Shah Alam pada pukul 5.00 petang. Dengan bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan, Majlis Daerah Kuala Selangor telah menghantar seramai lebih 80 orang peserta untuk menyertai perbarisan tersebut.
Eksp. Berbasikal dan Khidmat Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan SMK Tengku Idris Shah Kapar 2008
30 Ogos 2008 (Sabtu) - Seramai 120 orang pelajar dari Sek Men Keb Tengku Idris Shah telah menyertai Ekspidisi Berbasikal dan Khidmat Masyarakat sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke 51. Program ini telah dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor.