Latar Belakang Latar Belakang

 

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78.  Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:

  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994.  Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor.  Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang,  Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang.  Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan  pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663),  Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan,  Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.


Maklumat Asas Majlis Daerah Kuala Selangor

  • Luas kawasan MDKS adalah 119,452.46 hektar.
  • Penduduk kawasan MDKS sehingga 2011 adalah 272,980  orang.
  • Pegangan harta berkadar sehingga JANUARI 2013 adalah sebanyak 58,893 unit pegangan.

Sumber : RTD Kuala Selangor 2015

 
phone Web Mobile Rasmi
Majlis Daerah Kuala Selangor
www.mdks.gov.my/mobile
di   
qrcode Kod QR
di   
mdks Kaji Selidik
di   
anda Undian
Anda
di   
foto Galeri
Foto
video Galeri
Video
audio  Galeri
Audio
divi    fb    utube     mysms