Hubungi Kami | Soalan Lazim| Pautan | Bantuan | Peta Laman
fontMinus fontReset fontPlus
red green blue
LAMAN UTAMA » INFO MDKS » Profil » Perutusan YDP
 

Perutusan YDP

 
     
 

YDP MDKS, Haji Haris B. Kasim


Haji Haris Bin Kasim  SIS., ASA., PPT

Yang Di Pertua

Majlis Daerah Kuala Selangor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan selamat sejahtera.

 

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama melangkah ke tahun baru 2010 Masehi sesudah kita melangkah ke tahun baru 1431 Hijrah pada dua minggu sebelumnya. Sesungguhnya kedua-dua tahun baru yang berlaku hampir serentak ini memberikan satu signifikan kepada kehidupan kita semua.

 

Tahun 1430 Hijrah dan tahun 2009 Masehi yang baru dilabuhkan tirainya oleh Allah melalui peredaran masa sudah menjadi sejarah dan kenangan. Pasti ianya tidak akan kembali ke pangkuan kita lagi. Berbagai kejayaan dilakar oleh Majlis Daerah Kuala Selangor dan setiap warga kerjanya sepanjang menempuh tahun 2009. Kejayaan-kejayaan itu perlulah dijadikan panduan untuk kita terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Slogan diri ”Semua Orang Boleh Mencipta Kejayaan Yang Cemerlang” harus terus menjadi azimat kepada semua warga kerja Majlis Daerah Kuala Selangor. Ini penting kerana jika semua warga kerja berjaya menghasilkan kerja-kerja yang cemerlang, tidak mustahil mereka juga akan turut menjadikan Majlis Daerah Kuala Selangor sebagai organisasi yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 

Selaras dengan iltizam untuk terus menjadi organisasi yang cemerlang, pada tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masehi, semua warga kerja dan masyarakat yang menjadi sebahagian daripada entiti Majlis Daerah Kuala Selangor perlu bersedia untuk terus berubah dari keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Pengurusan dan sistem penyampaian dalam organisasi Majlis Daerah Kuala Selangor perlu bebas dari kerenah-kerenah birokrasi lapuk yang menjadi kekangan kepada kecemerlangan perkhidmatan.

 

Masyarakat setempat yang menjadi warga Majlis Daerah Kuala Selangor juga perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mentaliti untuk sama-sama berganding bahu merealisasi hasrat supaya Kuala Selangor terus menjadi tempat yang ”Indah Dan Bersejarah.” Pemikiran dan cara hidup kita perlu dipandu seperti mana yang dilaksanakan oleh masyarakat cemerlang di negara-negara yang lebih maju dari kita. Jika negara-negara yang maju berjaya mengekalkan keindahan dan kebersihan kawasan sekitarnya hanya dengan kesedaran dan cara hidup sihat yang menyeluruh di kalangan rakyatnya, tidak mustahil bagi kita untuk turut mengikut jejak mereka untuk menjadikan kawasan Majils Daerah Kuala Selangor setanding dengan tempat mereka.

 

Tahun 2010 merupakan tahun untuk masyarakat luar berkunjung ke Kuala Selangor. Di daerah ini tersedia berbagai-bagai daya tarikan pelancongan dari berbagai bidang pelancongan yang meliputi Eco-Pelancongan, Agro-Pelancongan, Pendidikan-Pelancongan dan yang terbaru adalah Sukan-Pelancongan.

 

Oleh itu, marilah semua warga kerja dan masyarakat dalam Majlis Daerah Kuala Selangor persiapkan diri untuk kita menerima kunjungan mereka. Peranan boleh dimainkan mengikut kedudukan dan bidang kita masing-masing. Kekalkan dan teruskan kecemerlangan tahun 1430 dan 2009 secara istiqomah untuk dibawa ke tahun 1431 dan 2010. Semoga tahun ini akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 

Sekian dimaklumkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Haji Haris Bin Kasim SIS., ASA., PPT
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kuala Selangor

 

 

Gerbang SMS Kerajaan Malaysia    Poral Rasmi Kerajaan Malaysia  Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia     MSC Malaysia