-
Temujanji tuan/puan dengan Ketua Jabatan (Setiausaha Majlis Kuala Selangor) akan dipastikan dalam tempoh lima minit tertakluk kepada giliran
-
Surat-surat diterima akan diedarkan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam tempoh dua hari dari tarikh penerimaam setelah disemak dan diteliti oleh Ketua Jabatan
-
Aduan yang diterima akan dijawab dan diselesaikan/ diambil perhatian dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan dengan syarat bahagian yang bertanggungjawaab mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima
-
Semua permohonan tempahan dewan, khemah, padang, stadium dan peralatan dapat diketahui dalam masa beberapa minit setelah semakan dibuat di dalam buku tempahan. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan tersebut mengambil masa seminggu setelah semua bayaran dijelaskan terlebih dahulu
-
Permohonan Lesen Perniagaaan akan diterima dan diproses serta mendapat jawapan selama satu bulan
-
Permohonan permit kain rentang akan diterima dan diproses serta mendapat kelulusan serta merta
-
Permohonan permit berniaga buah-buahan bermusim, permit berniaga musim perayaan dan permit kaki lima akan diproses serta mendapat kelulusan dalam masa seminggu
-
Permohonan permit mengadakan pementasan akan diproses selama seminggu dengan syarat hendaklah mendapat kelulusan dari pihak polis terlebih dahulu
-
Permohonan mengembalikan wang deposit akan diproses selama dua bulan
-
Menerima setiap aduan awam daripada orang ramai serta setiap aduan awam yang diterima secara terus oleh bahagian-bahagian tertentu mestilah melalui Bahagian Perhubungan (aduan awam) bagi tujuan penyelarasan
-
Memproses aduan awam dan menyalurkannya kebahagian-bahagian yang terlibat
-
Aduan awam akan diselesaikan dalam masa 2 minggu dari tarikh aduan dengan syarat bahagian bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas aduan berkenaan
-
Mengeluarkan peringatan kedua dan seterusnya jika aduan yang dikemukakan tidak diambil tindakan dalam jangka masa yang ditetapkan. (menerima borang maklum balas aduan awam dari bahagian yang terbabit)
-
Memastikan setiap pengadu mendapat hak yang sama tanpa mengira bangsa atau kedudukan
-
Memproses aduan awam mengikut nombor bilangan walau bagaimanapun pengecualian jika berlaku kes-kes yang memerlukan tindakan segera
-
Tidak akan melayan aduan awam yang berbau kepentingan diri sendiri
-
Mensasarkan "zero defect" aduan berulang dengan syarat mendapat kerjasama daripada bahagian-bahagian yang menyelesaikan aduan awam (jika dimaklumkan oleh pengadu)